Bantuan e-Wallet RM300 adalah inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah dengan menyediakan kredit e-dompet sebanyak RM300 setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya berdaftar.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan

  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor

  • Keluarga dengan sekurang-kurangnya dua orang anak atau tanggungan berusia 18 tahun ke bawah

  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi BINGKAS: daftar akaun di https://bingkasselangor.com, isi borang permohonan dengan maklumat peribadi dan isi rumah, serta muat naik dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan, dokumen anak-anak atau tanggungan (MyKid, sijil lahir, kad OKU, pengesahan belajar), dan penyata pendapatan (slip gaji, penyata KWSP/EA, atau pengesahan pendapatan dari Ketua Komuniti bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja).

Penggunaan e-Wallet
Jumlah kredit RM300 ditambah setiap bulan secara automatik, baki nilai bulan sebelumnya perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan berikutnya. e-Wallet boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya berdaftar secara cashless.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *